Thursday 14 February 2013

Aktivis

14Feb / 8:47pm

Assalamualaikum warga marga semua ! *bajet retis yang handle show sendiri* First of all, sekejap je rasanya dah masuk bulan Februari ni. Atau mungkin juga sebab aku baru post sikit je entry bulan lepas ? Mungkin ? Hakikat rasanya. 

So, bila masuk bulan Februari ni makin banyak pula rasanya aku kena uruskan. Paling penting, aku kena divide masa-masa aku sebaiknya. Test1 dah lepas. Now kena berdepan pula dengan quizes and second test. Next month kena get ready pula untuk hadap exam. Have too. Nak buat gumano, student. Ye dak ? Huhu. 

Sepanjang dua minggu ni tak ada lah banyak mana aktivis aku. Cuma bila dah cuti yang orang sedia maklum, Chinese New Year, aku kena ikut mama balik kampung. Mula-mula ingat bosan la kan. Sebabnya, malas nak kerja few days kat business abah tu. Tapi ada la juga aku follow kakak aku pergi, just untuk tengok pembaharuan yang berlaku sejak awal tahun ni. Beza banyak masa aku dok sana time cuti. *kerja part-time*

Aku gerak balik kampung Jumaat malam Sabtu. Aku, mama dengan cousin aku. Kitorang bertolak pukul 10malam, naik highway pukul 12tengah malam munkin. Then sampai pukul 8pagi. Lama ? Ye. Mama tak bagi aku drive. Sebab ? Aku drive laju. Laju sangat ke ? Ntah. Mungkin juga kategori bahaya ? Kahkah. Aku rasa bukan family aku je yang rasa macam tu. Ish. Ntah la. Tak tau nak cakap gumano. Tak reti menilai diri sendiri. Kihkihkih.

Oleh kerana mama tak bagi, aku pun bantai tidur kat belakang dengan nyenyaknya. Kahkahkah ! Memang betul-betul dah masuk tempat kelahiran, baru aku bangun. Lama. Sampai je terus pergi Kuala Perlis, cari pulut sambal. Paling best, ada kawan mama aku kerja radio perlis.fm , maka ter-mention-lah kepulangan kami ke kampung halaman.

Bila sampai je dapat tau ada kenduri. Tengah hari. Maka bersiaplah aku ala kadar. Sebabnya aku hanya bawa balik sepasang baju kurung. Esoknya kenduri lagi. Yes, kali ni aku pakai baju kurung. Sopan manis ayu la kononnya. Kononnya. Haha ! Lusa ? Haa ada lagi satu kenduri harus attend. Again, just wearing proper dress. Ottake ? 
Aha ! This is what I wore when I attend those wedding invitation. But sorry, no picture were taken on the first day of the invitation. Nampak tak permainan aku ? Pakai tudung yang sama. Tapi baju lain-lain. Seriously, aku memang tak bawak banyak tudung, shirts, dress, pants and etc, so aku redah jela. Life kan ? 

On the next day, aku masuk sempadan *evil laugh*. Sempadan mana ? Hadeh, Thailand woo. Err, aku tak mention eh kampung aku kat Perlis ? Ada kot. Mungking korang lupa ? *again bajet retis gelemor* Buat apa masuk sempadan ? Shopping ! Sejujurnya aku dah lama sangat tak masuk belah sempadan. Selalu takat bigfield je. Passport dah expired plus tatau kat siapa. Border tak sempat buat plus kalau buat pun tak selalu dapat peluang untuk pergi sana.

Jadi itu sahaja aktivis aku sepanjang cuti dan juga apa yang jadi kat aku bila aku tak cuti. Pendek kata, aktivis aku sebelum cuti mula. Tapi untuk bulan ini sahaja. Kalau ikut kan, bulan lepas pun nak cerita. Tapi macam dah panjang sangat. Ni namanya, tak sedar diri dan bajet retis. Eh.

Terima kasih sebab sudi singgah belog aku. Penat dah baca ? Ambil air, teguk. Bismillah jangan lupa. Sekian. Wassalam.


xoxo, L


No comments: