Monday 21 January 2013

Bulan Bintang

Assalamulaikum. Ok, sejujurnya aku sangat suka capture apa yang orang tak capture. Eh, tapi tak semua la. Aku pasti yang minat photography confirm snap apa yang dorang rasa unique, menarik, rare, ad so on. Tapi aku suka capture nature. Mostly, bulan dan pelangi. Kadang-kadang candid. Passion ? tak jugak. Ikut keadaan. Aku sendiri tak tau sejak bila aku minat untuk capture semua benda ni. Mungkin sejak guna phone yang ada camera ? Tak juga. Sebab phone 1st yang aku guna yang ada camera, aku tak de la pula nak snap-snap ni. Mungkin juga sejak ada nikon tu kot. Almaklum la, batak sekejap. Selalu tengok orang je bawak nikon. Bila dah pegang nikon, pergh ! Tanak lepas kan ~ Hihi. Oh ye, nikon tu bukan aku punya. Diulangi, bukan aku punya. So, nak dijadikan cerita sebenarnya tadi aku capture bulan. Half moon with sparkling star.
Nampak ? Oh, kalau zoom gambar pecah. Jadi jangan zoom. Hehe.


xoxo, L

Sunday 20 January 2013

konon nya

 Assalamualaikum bloggers ! Yeay. Aku berjaya mengupdate lagi blog aku untuk tahun ni. Berlagak gila bunyi nya. Padahal baru dua entry untuk tahun ni. Haha ! Laghaa benda ni bila di fikirkan. Tapi apa nak buat ? Part-time blogger. Full time student. Life. 

So, hari tu aku ada keluar jumpa member. Tak perlulah nak di serabutkan kepala otak. Bila kejadian ? Masih lagi dalam bulan Januari ni. Cuma tak ingat la pulak tarikhnya. Yang pasti, awal bulan.

Keluar memang niat nak dinner. Tapi bila difikirkan, tak ada tempat makan yang menarik untuk aku serang. End up, aku serang McDonalds. Kononnya nak boikot. Tapi.. dah terbentang depan mata. Taraaa.. boikot sangat !  
Aku order McChicken. Yang lagi satu tu orang lain punya. Dulang lain tak mai lagi. Aku pun tatau sejak bila aku suka makan McChicken nih. Selalunya aku akan order double cheese burger. Mungkin aku boleh di kategorikan sebagai "manusia berubah mengikut peredaran masa" ?
Oh, ni one of member. While other tak mai lagi, Kenapa telinga ? Haha ! Sebab aku cakap kat telinga dia ada orang buat lovebite. Padahal nyamuk gigit. Ada dua pulak tu. Lawak gila ! Oh ya, reflection itu perlu. Kot la ada korang nak zoom sampai ke sudah bila gambar pecah. Sila la. Kuikuikui.

Rasanya sampai sini jelah. Nanti kot ada hupdate terbaru, aku masuk kan dalam next entry okay ?

Btw, sejujurnya aku memang nak boikot. Tapi ada je halangan. Menggugat keimanan sikit McD ni. Tiap kali tengok tv, kompem ada je iklan. Bila ada kereta jela aku redah. Huhuk. Sekali sekala tak pa kan ?

p/s : don't judge a book by its cover. please ?

xoxo, L

Thursday 10 January 2013

Bila

10Jan / 2pm

Assalamualaikum bloggers ! Err, bajet banyak orang yang follow. Pheww, susah sekarang ni nak public link ni. Gara-gara stalker terlampau obses ngan dunia aku. Cara aku. Apa yang hebat nya aku ? Aku sendiri tak ada jawapan. Si Stalker, sila jawab.

Okay. Alhamdulillah. Dah masuk tahun baru. Mahrab 2013. Belum terlambat lagi rasanya nak wish. Al-maklumlah, dah lama tak blogging. Blogwalking. Dan segala-gala tentang alam maya. Sebab selalu nya aku akan direct trough phone. Tapi sejak tukar phone, dah jarang nak ber-alam-maya. 

Banyak orang dok bangga bagitau azam dorang untuk tahun ni. Tapi azam tahun lepas pun tak tercapai lagi. Bila orang tanya aku ? Jawapan paling cliche, "Better than last year. More than before. Try the new thing. Travel."
InsyaAllah, kalau tak ada aral aku nak travel around Malaysia dulu. Nak pergi overseas tak berapa nak mampu lagi. Collect money dulu. Collect experience pergi negeri orang dulu. Tengok keadaan tempat orang dulu. Mana tak nya, lain negeri, lain budaya. Satg tak pasal kena tipu. Nayaa oii !

Ewahh, cakap nak travel bagai. Macam la mama aku bagi. Huhukk. Takpa. Yang penting, ada duit baru boleh jalan. Hehe. What we call ? Independent ! Yeah ! Fighting !

So, sepanjang hidup lebih 20tahun ni dah pernah stay Melaka. Perlis dah nama pun kampung, tak payah la kot ek ? Hihi. Ermm, negeri sembilan ada apa ? Ada pantai kat area PD yang cantik ? Habaq la kat cheq. Boleh pergi area yang dekat-dekat dulu. *tinggi cita-cita nak travel sendiri*

Bila semua yang aku nak ni boleh tercapai ? InsyaAllah. Manusia hanya merancang. Allah lebih mengetahui. Kalau bukan tahun ni aku dapat travel sendiri, tahun akan datang pun boleh lagi. Ye dakk ? Ok, till we meet again on my next entry. 

Oh ! Sebelum terlupa, aku akan cuba untuk update blog sebanyak mungkin macam sebelum-sebelum ni. Maka akan semak la blog aku dengan rutin harian. Hehe.


xoxo, L