Friday 29 June 2012

ketika ini

Fri, 29June / 2243pm

Assalamualaikum Ok, ni entry sepantas laju kilat sehabis mungkin. Bukan sebab tak ada masa. Tapi nak melayan movie. Oh, movie apa ?Tadaaaa
Oh ya. Gambar ni bukan di curi dari mana-mana web okay ? Officially mine. Sebab tu ada nama lya. Ok then. Till we meet again on my next entry. If and only if lya rajin nak update. 


xoxo, L

Wednesday 20 June 2012

tak mungkin lah !

Wed, 1807 / 20June

Assalamualaikum. Ok, entry mengarut pasal diri sendiri. Tadi lepas je post entry bawah ni lya tengok la semua gambar yang lya post. Err.. adakah saya sudah gemok ? Seriously. Muka lya nampak bulat ! Oh tidak ! Jangan cakap lya dah gemok ?? Ok, tak kisah la kalau dah gemok. Tapi kenapa muka lya nampak bulat ? Berat badan naik, ok lagi la. Tapi muka kelihatan bulat ? Tak  boleh terima. Sedih nya ! Arrr.. awak, awak, awak tak kisah kan ? hewhew ~
teringin gara-gara naik kat trending birubiru

p/s: adakah ini punca kegemokkan ? -.-" 


xoxo, L

Wordless Wednesday [16]

Semester Six Student

xoxo, L

Monday 18 June 2012

tengah malam

Mon, 18June / 0005am

Assalamualaikum. Tengah malam majoriti orang dah nyenyak tidur. Tapi aku masih lagi tak tidur. Gara-gara assignment yang terlampau banyak. Homework bukan main menebal. Nak membebel banyak pun tak guna juga. Al-maklumlah, pelajar IPT. Nak merungut tak ada motif pun orang akan cakap mengata mengumpat. 

*maki hamun* Idea serta-merta hilang. Nampak sangat memori tak kuat. 
Nak taip tak henti-henti. Kesudahan takat ini. Sambung buat assignment lagi bagus rasanya. Semangat !


xoxo, L

Saturday 16 June 2012

seketika

Sat, 16June / 0005am

Assalamualaikum. Okay. Seminggu sekali baru update. Kesian. Boleh je pargi cyber tapi malas nak keluar duit. Tambahan jadual kelas yang ada gap 2jam je. Balik kelas, makan. Tidur setengah jam. Bangun, siap, then pergi kelas lagi. Erm, majority semester 6 ni, kelas pagi dengan petang, equal. So, malas nak comment panjang-panjang. Sebabnya hari jumaat tak ada kelas.

Erti kata lain, lya boleh balik kl tiap-tiap minggu. If balik kl khamis petang, malam boleh hangie dengan member. Oh my, niat hati malam tadi nak pergi makan burger bakar kat area ampang tu. Tapi member kerja. Plus, dah bersuami dan sedang hamil. So, ibu mengandung tak boleh makan sebarangan jenis makanan. Especiall, fast food. Kalau tak silap aku la. 
Tadaaa.. burger bakar. Nama nya, burn cheese, ayam. Nak try daging pula. InsyaAllah, kalau berkesempatan, nak pergi malam ni dengan mama. Seriously, sedap. Hari tu makan burger ayam ni dengan mother-to-be, lysa. Lama gila ktorang decide nak makan burger ni. Sebab nya, tak muat mulut nak gigit. Besar woo ~ plus, segan. Al-maklumlah, public. Keliling boys je. Haruslah jaga saham. Haha !

Ok, masa tamat. Time to watch football game. EURO ni lya pilih Germany. If, tak sampai final, baru pilih group lain. Either Spain or Italy. If semua group ni tak sampai final, tengok keadaan la ni pilih group mana pula. Yang pasti, Germany tetap di hati. 


xoxo, L

Sunday 10 June 2012

menghitung waktu

Sun, 10June / 0550am

Assalamualaikum. Salam subuh semua. Alhamdulillah. Bersyukur masih diberi peluang untuk mengumpul amal. 

Selamat Hari Jadi kepada #bibi. Kau memang enjoy gila la kat sana. Sampai kan aku text kau pun tak delivered sampai sekarang. Call nombor kau yang lain pun tak jawab. Takpa la. Janji kau happy wey. For sure tengah hari ni kau text aku. Wah, penuh yakin aku cakap. Haha!

Hari masih pagi. Sejujurnya lya tak tidur lagi. Yes, erti kata lain, stay up. Eh, belum naik semester lagi. Esok baru start kuliah. Harap nya semester ni berjalan dengan lancar. Tak ada masalah. Tak ada salah faham. Sifat kerjasama kena tinggi menggunung. Tolong satu sama lain. Peringatan untuk diri sendiri juga. 

Semua barang yang dah settle dah letak kat tepi pintu rumah. Senang nak angkut masuk kereta nanti. Baju kurung hari isnin. Sebab nya hari jumaat tak ada kelas langsung. Hehe. Then, baju harian dah masuk dalam beg kitar semula. Haha! Segala tudung selendang bawal bagai semua dah masuk dalam beg jugak. Stok makanan dan barang harian dah ada dalam kereta sebab baru beli je semalam dengan mama kat giant.

Yang tertinggal dan terasa sangat malas nak settle kan, baku. Jenuh nak selongkar. Tapi part ni akan di settle segera. Sebabnya nak kena gerak balik melaka awal pagi. Mama takut nanti jalan jammed. 

Sehingga ayat ini sahaja. Akan ada yang baru bila tiba masa. Assalamualaikum.


xoxo, L

Wednesday 6 June 2012

Sementara

Wed, 6June / 2125pm

Assalamualaikum. Hai !! Woahhh, finally dapat gak hupdate belog lagi. Ok, sekarang lya dah ada kat Kuala Lumpur. Alhamdulillah. Selamat sampai pagi selasa jam 5 pagi. Nak kata tidur dalam bas, tidur jugak la. Tapi ada orang teman mesej. Although ada orang teman pun, lya still gak bantai tidur. Kena la bebel jugak sebab tak reply mesej. Dah la tiap kali terjaga, tengok ada 3-4 mesej yang belum baca. 

Kalau mesej dari one of the social network tak apa la jugak. Ni tak. Mesej dari dia. Ada sekali tu time berhenti rehat kat mana ntah, lupa, lya direct je call dia. Dok pungpang sampai la bas nak continue journey. Selamat la dia pun kerja malam. So, tak ada la mengganggu sangat. Kalau dah kerja malam ni bukannya banyak sangat kerja nak kena buat. Paling koman pun pukul 2pagi dah settle. 

Mana lya tau ? Sebab lya pernah kerja malam la lya tau. Habis-habis buat kerja semua, tidur. Customer datang, serve. Then tidur balik. Serious best ! Then bila dah sampai rumah, just text member tu cakap dah sampai rumah semua lah. Penat tak yah cakap la kalau dah 7jam dok dalam bas. Keras jugak la punggung aku. Hahak. Maaf ye terkurang sopan seketika.

Haa ! Cakap balik KL, lya bawak balik banyak beg ok ! Time nak stay Perlis, bawak 3 beg je. Beg baju, beg tudung dengan beg untuk bawak merata. Bila nak balik KL balik, Masyallah.. melebihi dari yang asal. Dah la shopping lagi kat Bigfields tu. Kasut lagi. Beg lagi. Baju lagi. Bak kata #simata, aku ni kaki shopping. Walaupun hakikatnya, I'm not shopaholic person. Seriously.

Nasib la siapa nak nikah dengan lya nanti. Banyak kan bersabar ye. Sebab lya ni sekali dah keluar shopping, pelbagai barang banyak benda yang di borong nya. Especially, baju. Kasut no dua. Beg no tiga. Lain-lain no empat. Makan itu wajib. Kalau boleh tiap kali keluar wajib okay ? Hihik ~

Okay. Idea dah hilang luput hapus lupus. Sehingga berjumpa lagi di belog ini. Assalamualaikum.


xoxo, L

Wordless Wednesday [15]

hari terakhir di Perlis. bulan penuh.

xoxo, L