Friday 15 February 2013

Aktivis [part2]

15Feb / 3.50pm

Assalamualaikum semua. Bertemu lagi di ruangan tak berapa hot ini. Eh. Macam yang korang baca title kat atas tu, part2. Erti kata, kesinambungan entry yang sebelum ni. Semalam je pun tapi macam dah lama. "Ini semua poyo" bak kata awie. Eh ? 

"Jadi apa motif entry ni? Tolong clear kan mind kitorang owner."
Wah gitu.. *betul-betul bajet retis kau nyah~* Okay, back to the point. Actually, ada lagi yang aku tak cerita apa yang jadi bulan ni. It happens 'before' , 'during' and 'at the moment' aku bercuti kat kampung. Kalau aku cerita mungkin akan berjela lagi entry ni. So aku sajikan korang dengan gambar jela ek. Kuikui~
Oleh kerana aku balik kampung Jumaat malam, aku decide untuk jumpa si kecil ni. Siapa dia ? Dhiya Nur Asyikin. Lysa's daughter. She was born on 5th Feb. Mengikut kata parents si kecil ni, dhiya ni akan buka mata waktu mandi (sejuk kan, tu yang segar) dan juga waktu tak ada orang. Which is, time orang nak tidur. Sebab dia jaga malam. Kesian parents si kecil ni yang juga merangkap kawan baik aku. *kan dah panjang*
Kuala Perlis. Around 8.15am. 
Aku tatau kenapa, tapi aku suka combination color wedding ni. Blue+pink+purple=contra ! Gambar tak clear ? Bagus, tak payah nak zoom in sangat la. Debik kang *ayat daus*
Tudung oren yang senget. Itu perkara biasa. A day before back to kolompo, aku berjimba di Teilen.
Walaupun hujan. Semangat jitu nak berjimba. *jimba sangat padahal shopping. ada kaitan tak?* Oh, yang geng motor tu dorang nak pergi Songkla. Err, mungkin la kot. Eh, ntah la. Tak ingat. 
Pada waktu petang dengan suasana yang aman damai setelah penat menghabiskan wang perbelanjaan, ada majlis kecil-kecilan bersama keluarga mak ngah aku. Majlis hari jadi mak ngah aku. Walaupun bukan tarikh yang sebenar, secara kebetulan pula tarikh yang sebenar time orang berkerja which is tak semua dapat attend, maka sambut la pada tarikh kejadian. Oh, berger besar tu buat sendiri okay. Any Perlis-ian people nak order just let me know. Sebab cousin aku yang buat. Home-made. Original. 
On the way balik kolompo, aku tatau kenapa sejak selisih dengan kereta hitam tu, dorang asyik dok pandang-pandang. Kalau sekali dua takpa lagi kot ? Ok, ada la seorang lelaki. Atau mungkin juga remaja. Aku assume je la sebab time exchange driver kat tapah aku nampak se-family ni turun kereta, tak nampak macam orang dewasa. *kau ingat kau dewasa ke. kau pun pendek oii. sedar diri* "Baik !" Bila dah exchange, aku pun capai buku ni. Buku FIXI. Title Cerpen by Nadia Khan. 

Chait~ tak nak type panjang kononnya. Sudah la weyy~ ni pun jenuh orang dok scroll kott. Dah dah. Next entry bila free pula. *obvious gila aku ada benda nak cerita lagi*


xoxo, L

Thursday 14 February 2013

Aktivis

14Feb / 8:47pm

Assalamualaikum warga marga semua ! *bajet retis yang handle show sendiri* First of all, sekejap je rasanya dah masuk bulan Februari ni. Atau mungkin juga sebab aku baru post sikit je entry bulan lepas ? Mungkin ? Hakikat rasanya. 

So, bila masuk bulan Februari ni makin banyak pula rasanya aku kena uruskan. Paling penting, aku kena divide masa-masa aku sebaiknya. Test1 dah lepas. Now kena berdepan pula dengan quizes and second test. Next month kena get ready pula untuk hadap exam. Have too. Nak buat gumano, student. Ye dak ? Huhu. 

Sepanjang dua minggu ni tak ada lah banyak mana aktivis aku. Cuma bila dah cuti yang orang sedia maklum, Chinese New Year, aku kena ikut mama balik kampung. Mula-mula ingat bosan la kan. Sebabnya, malas nak kerja few days kat business abah tu. Tapi ada la juga aku follow kakak aku pergi, just untuk tengok pembaharuan yang berlaku sejak awal tahun ni. Beza banyak masa aku dok sana time cuti. *kerja part-time*

Aku gerak balik kampung Jumaat malam Sabtu. Aku, mama dengan cousin aku. Kitorang bertolak pukul 10malam, naik highway pukul 12tengah malam munkin. Then sampai pukul 8pagi. Lama ? Ye. Mama tak bagi aku drive. Sebab ? Aku drive laju. Laju sangat ke ? Ntah. Mungkin juga kategori bahaya ? Kahkah. Aku rasa bukan family aku je yang rasa macam tu. Ish. Ntah la. Tak tau nak cakap gumano. Tak reti menilai diri sendiri. Kihkihkih.

Oleh kerana mama tak bagi, aku pun bantai tidur kat belakang dengan nyenyaknya. Kahkahkah ! Memang betul-betul dah masuk tempat kelahiran, baru aku bangun. Lama. Sampai je terus pergi Kuala Perlis, cari pulut sambal. Paling best, ada kawan mama aku kerja radio perlis.fm , maka ter-mention-lah kepulangan kami ke kampung halaman.

Bila sampai je dapat tau ada kenduri. Tengah hari. Maka bersiaplah aku ala kadar. Sebabnya aku hanya bawa balik sepasang baju kurung. Esoknya kenduri lagi. Yes, kali ni aku pakai baju kurung. Sopan manis ayu la kononnya. Kononnya. Haha ! Lusa ? Haa ada lagi satu kenduri harus attend. Again, just wearing proper dress. Ottake ? 
Aha ! This is what I wore when I attend those wedding invitation. But sorry, no picture were taken on the first day of the invitation. Nampak tak permainan aku ? Pakai tudung yang sama. Tapi baju lain-lain. Seriously, aku memang tak bawak banyak tudung, shirts, dress, pants and etc, so aku redah jela. Life kan ? 

On the next day, aku masuk sempadan *evil laugh*. Sempadan mana ? Hadeh, Thailand woo. Err, aku tak mention eh kampung aku kat Perlis ? Ada kot. Mungking korang lupa ? *again bajet retis gelemor* Buat apa masuk sempadan ? Shopping ! Sejujurnya aku dah lama sangat tak masuk belah sempadan. Selalu takat bigfield je. Passport dah expired plus tatau kat siapa. Border tak sempat buat plus kalau buat pun tak selalu dapat peluang untuk pergi sana.

Jadi itu sahaja aktivis aku sepanjang cuti dan juga apa yang jadi kat aku bila aku tak cuti. Pendek kata, aktivis aku sebelum cuti mula. Tapi untuk bulan ini sahaja. Kalau ikut kan, bulan lepas pun nak cerita. Tapi macam dah panjang sangat. Ni namanya, tak sedar diri dan bajet retis. Eh.

Terima kasih sebab sudi singgah belog aku. Penat dah baca ? Ambil air, teguk. Bismillah jangan lupa. Sekian. Wassalam.


xoxo, L